Wednesday, September 30, 2009

PEKIDA, Tiga Line dan Sikap Mereka


AM menunggu seawal jam 8.00 malam untuk mengikuti rancangan 360 yang disiarkan oleh TV3 berkenaan kumpulan PEKIDA. Berbagai kupasan, tinjauan dan pendapat diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Presiden PEKIDA sendiri.

OKlah AM boleh terima, bahawa memang ada kumpulan serpihan yang menjaja nama PEKIDA untuk membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Mereka menggunakan nama Tiga Line, Double Seven dan macam-macam lagi.

Dalam setengah jam itu, AM dapat rasakan, semua pihak termasuk Presiden PEKIDA, pakar penyelidik jenayah, pasukan polis dan orang ramai, tahu dan maklum tentang ujudnya kumpulan-kumpulan ala kongsi gelap yang dianggotai oleh orang-orang melayu. Malangnya tidak ada satupun strategi dan cadangan khusus dinyatakan untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh budak-budak PEKIDA@Tiga Line yang berlagak seperti samseng. Kalau tak percaya, jika umur panjang, tunggu dua tiga tahun akan datang, perkara ini akan tetap berlaku.

Mengimbas kembali kenyataan Presiden PEKIDA bila ditanya oleh wartawan, motif dan matlamat sebenar penubuhan PEKIDA, beliau mengatakan antaranya, menyatupadukan orang melayu dan mengukuhkan ekonomi. Persoalannya, sejauh mana pertubuhan yang telah berdaftar sejak tahun 1982 itu berjaya melaksanakan apa yang mereka perjuangkan?

Sejauh manakah perpaduan orang melayu telah mencapai sasaran atas bantuan PEKIDA dan sejauh manakah ekonomi orang melayu berkembang dengan bantuan PEKIDA? Jawapannya hampir kepada 'nothing'. Kosong. Sampai sekarang pun orang Melayu semakin berpecah belah. Ekonomi orang melayu pun serupa juga seperti dulu. Hidup segan mati tak mahu.

PEKIDA tidak seperti NGOs lain yang jelas matlamatnya. Ada NGO yang memperjuangkan bumi hijau, ada NGO yang mempertahankan haiwan liar, ada yang memperjuangkan kaum wanita dan sebagainya, tetapi apa yang PEKIDA perjuangkan? Yang kita tahu, masalah perpaduan, samada perpaduan antara sesama bangsa melayu atau dengan bangsa-bangsa lain, dan usaha memperkasakan ekonomi orang melayupun dijalankan oleh pihak kerajaan dengan mengadakan peluang-peluang perniagaan dan memberi bantuan kewangan dan kursus. Yang tukang kutuk jika usaha kerajaan gagal memanglah ramai. Apa pula sumbangan PEKIDA?

Sekurang-kurangnya jika PEKIDA ada mengadakan perniagaan francais untuk membantu anak-anak muda memulakan perniagaan, seperti yang dilakukan oleh Otai Burger, Murtabak Pak Din dan dua tiga lagi perniagaan, boleh la juga kita puji. Kalau adapun yang AM nampak mungkin mereka menjual pelekat kereta dan pemegang kunci yang mempunyai logo PEKIDA, itupun hanya untuk group mereka sahaja. Lalu dengan bangga anak-anak muda menampal logo PEKIDA dikereta dan tayang keycain yang ada logo PEKIDA kehulu kehilir. Bangga.

Kita tidak mahu nanti, ada individu-individu tertentu menggunakan pertubuhan berdaftar sebagai lesen untuk mereka merealisasikan niat jahat mereka. Kita tidak mahu ada orang yang berniat serong, menjalankan aktiviti kongsi gelap dengan menggunakan nama pertubuhan seperti itu. Sejauh manakah PEKIDA boleh menjaga dan memerhati kegiatan ahli-ahli mereka yang berjumlah lebih 100 ribu itu? Memanglah mudah bagi mereka untuk menafikan bahawa yang melakukan perbuatan jenayah itu bukan ahli mereka atau mereka tidak merestui perbuatan jenayah. Cukupkah setakat itu?

Perpaduan boleh dididik bermula dari rumah, di sekolah dan oleh masyarakat sekeliling. Pokok pangkalnya sikap kita. Parti-parti politik juga berperanan untuk mendidik ahli-ahli mereka, jadi tak perlulah banyak sangat NGO jika matlamatnya hanya untuk menyatupadukan orang melayu. Apa yang AM nampak, diantara mereka memang lah bersatu padu. Dalam kenduri kendara mereka datang secara berkelompok seramai 20 hingga 30 orang. Hendak bersalaman antara mereka pun ambil masa dekat 30 minit. Tetapi adakah mereka juga mendekati masyarakat yang bukan menjadi ahli PEKIDA untuk menyemarakkan perpaduan yang mereka laungkan?

Dilemma Pemuda UMNO.


Dua orang AJK Pemuda UMNO Bahagian di Kijal Terengganu ditangkap polis ketika sedang leka menghisap dadah dalam sebuah rumah. Itulah antara berita yang termuat dalam akhbar hari ini.

Menyedihkan dan memalukan.

Sudah pasti berita ini cukup mengembirakan Pakatan Pembangkang. Sudah pasti berita ini cukup untuk dijadikan bahan mengutuk UMNO. Mereka akan kata, inilah contoh barisan kepimpinan UMNO.

Sejauh mana kita mahu menginsafi diri dan berubah kepada lebih baik? Tepuklah dada, tanyalah selera.

Diketika pempimpin-pemimpin tertinggi berhempas pulas, keluar peluh jantan dan tak pernah cukup tidur untuk memperbaikai struktur UMNO yang tercalar, rupa-rapanya ada lagi segelintir dari kita yang melangkah kebelakang, masih bermimpi dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah UMNO masih terlalu kuat dan akan sentiasa menang.

Apakah yang dicari oleh orang yang sudah berusia 40 tahun dan sudah bergelar pemimpin itu? Mengapa beria sangat ingin jadi pemimpin jika diri sendiripun tidak boleh dipimpin? Kesannya bukan sahaja kepada mereka dan keluarga mereka, tetapi imej UMNO keseluruhannya akan tercemar kerana perbuatan tidak bermoral itu.

Sebab itu, ramai yang suka untuk jadi pemimpin, tetapi berapa orang antara meraka yang benar-benar boleh memimpin? Gus Dur (bekas bapak Presiden Indonesia) juga seorang pemimpin walaupun untuk berjalanpun dia terpaksa dipimpin oleh pembantunya.

Sebenarnya ramai golongan muda (tak kira pemuda UMNO, PAS ataupun PKR) mampu menjadi pemimpin berkalibar yang boleh menjadi pelapis kepimpinan akan datang. Malangnya kebolehan dan kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya, samada tidak diberi peluang oleh golongan vateran ataupun mereka sendiri tidak nampak pada kelebihan masing-masing, malu dan takut untuk mencuba. Akibatnya hanya segelintir sahaja yang agak 'berani' dan nekad, telah berjaya 'dipilih' menjadi pemimpin. Lebih malang lagi, golongan yang berjaya menjadi pemimpin itu, tidak sedar dan hampir hilang pertimbangan untuk membezakan samada mereka adalah orang biasa ataupun seorang pemimin.

Akibatnya anak-anak muda kita berkeliaran kesana kemari tanpa ada hala tuju dan tanpa dipimpin. Sampai bila kita hendak terus begini, sedangkan bangsa lain telah mengatur strategi sedikit demi sedikit untuk menguatkan bangsa mereka.

Sudah Terhapuskan Dosa Kita Sesama Manusia?


Hari ini 30hab September 2009, bersamaan dengan 11 Syawal 1430. Bermaksud sudah 11 hari kita berhari raya. Bermaksud juga dosa-dosa kita dengan orang yang kita telah mohon maaf terutama dengan ibubapa, sudah pastinya telah terhapus, insyaAllah.

Sebenarnya, seikhlas manakah kita memaafkan orang yang berjabat tangan dan meminta maaf dari kita dan sejauh manakah kita rasa orang telah memaafkan kesalahan kita terhadapnya? Adakah kita benar-benar memaafkan kesalahan orang yang telah memohon maaf atau adakah kerana ianya telah menjadi budaya, bersalaman dan bermaafan di hari raya, maka kita pun berbuat demikian, sedangkan hati kita masih marah dan menyimpan perasaan dendam terhadap seseorang.

AM selalu mendengar kawan-kawan buat kelakar bila buat salah,

"ala tak pe, nanti hari raya boleh mintak maaf"

Bermaksud kita hanya menunggu hari raya untuk meminta maaf, sedangkan kita boleh meminta maaf pada bila-bila masa tanpa menunggu hari raya. Lebih dari itu, adakah kita pasti, kita boleh berjumpa dengan semua orang yang kita rasa, kita telah berdosa dengannya dan meminta maaf? Berapa ramai yang mampu berbuat begitu?

Memohon maaf biasanya dikaitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan secara tidak sengaja. Bagaimana pula jika ianya dilakukan secara sengaja seperti memfitnah dan menghina orang lain?

Kesimpulannya, dosa kita memang tidak boleh dihapuskan sepenuhnya. Yang mampu kita lakukan ialah mengurangkan 'kadar dosa' dan menambahkan pahala. Sedar atau tidak, kemungkinan dalam perjalanan pulang berhari raya, kita juga telah menyebabkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain atau telah menyebabkan orang lain kehlangan nyawa kerana kecuaian kita memandu. Macam mana nak minta maaf pada orang yang dah mati?

Thursday, September 24, 2009

Kita Lihat Sejauh Mana Mereka Akan Bertindak Untuk Membuktikan Merekalah Ahli Syurga Yang Sebenar

Petikan di bawah ini AM copy dari blog House PK. AM tak nak ulas banyak kerana rasanya semua orang boleh mentafsir sendiri apa yang tersirat disebalik kejadian alaun khas imam dan bilal yang tidak dapat diagihkan pada masa yang telah ditetapkan.

Cuma satu je yang dapat dijelaskan bahasa sebenarnya pemimpin UMNO sentiasa berbaik sangka kepada orang PAS dengan melantik mereka memegang jawatan tinggi dalam kerajaan walaupun tahu risikonya. Malangnya PAS tetap PAS. Orang PAS ada ada hati dan naluri. Ada nafsu dan perasaan. Cuma bagaimana mereka mengawal nafsu dan perasaan mereka, tepuklah dada tanyalah iman. Sebab itu adanya syurga dan neraka.

House PK wrote:

Dalam Buletin Utama tadi, si Md Nor dengan muka bersalahnya telah mengatakan itu bukan salah dia, mungkin tersangkut kat bahagian daerah kot, mungkin ada masalah teknikal kot! Itu saja jawapan kau Md Nor? Wajibnya kau mesti meletakkan jawatan kau! Memang sah kau sabotaj!

Sementara itu Dr Zambry telah meminta JAIP supaya menyediakan satu laporan penuh untuk diteliti apakah yang sebenarnya terjadi! Begitu juga Setiausaha Politik MB Perak, Saudara Ismail Saffian mempersoalkan dimanakah sebenarnya duit tersebut sangkut?

Memang sah ini adalah perbuatan sabotaj! Inilah kejahatan PAKATAN HARAM KOMUNIS yang terlampau!

Berita terdahulu:

Pada awal Ramadhan MB Perak Dato Seri Dr Zambry telah mengumumkan semua bilal dan tok siak di negeri Perak akan diberi bonus Raya sebanyak rm500, mereka sepatutnya menerima duit tersebut 2 minggu sebelum raya!

Seperti yang telah dijanjikan duit tersebut telah pun diserahkan kepada JAIP untuk pengagihan kepada mereka, namun hingga ke saat ini duit tersebut tidak diterima oleh mereka yang sepatutnya, dimanakah duit tersebut sangkut sebenarnya?

Bilakah mereka akan mendapat duit yang sepatutnya mereka dapat sebelum hari raya itu? Apa yang kami rakyat marhaen ingin tahu ialah dimanakah sangkutnya duit tersebut? Apa yang berlaku sebenarnya? Mari kita lihat apa yang berlaku.

Tahukah anda siapa pengarah JAIP? Tidak lain dan tidak bukan Md Nor Al Hafiz bekas calon PAS yang pernah bertanding suatu masa dahulu di bawah tiket PAS dan beliau nasih lagi setia dengan PAS hingga ke hari ini, cerita ini bukanlah fitnah atau tohmahan, tetapi ini adalah satu lagi taktik permainan kotor pakatan haram di Perak!

Mereka telah menyalahgunakan agensi kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana mereka mempunyai ‘orang’ mereka yang masih berkhidmat di agensi kerajaan! Inikah dianya ISLAM PAS? Menganiaya orang demi kuasa? Buat apa sahaja asalkan mereka dapat berkuasa?

Tidakkah anda merasa jijik melihat perangai pakatan haram ini? Mereka sanggup merosakkan nama baik MB Perak yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab beliau seperti yang telah janjikan, tetapi disebabkan perangai syaitan pakatan haram, keseluruhan tok siak dan bilal-bilal tidak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka!

Kepada Pengarah JAIP, kalau kau ada maruah, sebaik-baiknya kau letakkan jawatan dan berambus keluar dari JAIP, orang yang berpelajaran tinggi seperti kau sepatutnya tidak membuat perbuatan keji dan mungkar sebegini! Buat malu Al Hafiz je kau ni Md Nor oi!

Tahukah kamu perbuatan menganiaya orang ini adalah dosa besar? Oh aku terlupa Md Nor, sebab kau ahlul PAS dan kau syurga dah confirm kan? Apa saja kau buat semuanya HALAL kan? TAK AMANAH betul kau ni Md Nor!

Sampai bila lagi rakyat harus ditipu oleh pakatan haram ini? Apakah anda semua masih tidak sedar akan perangai sialan pakatan haram ini? Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi merosakkan nama baik Dato Seri Zambry! Kesian Dr Zambry! Teraniaya disebabkan oleh manusia yang tidak amanah!

Kita nantikan apa jawapan JAIP dalam hal ini!

Wednesday, September 23, 2009

Lima Minit Bersama Ketua AMK.

Petang tadi AM bersama dua tiga orang rakan duduk di warong mapley menikmati minum petang sambil bercerita kisah raya.

Tiba-tiba ada seseorang mencuit belakang AM. Bila toleh kebelakang seseorang yang AM kenalai 'dari jauh' dan tak pernah bersembang selama ini berada di belakang AM.

"Saya nak jumpa awak sekejap" katanya

"Sekarang ke?" tanya AM.

Lalu AM beredar dari meja tempat AM duduk dan beralih ke satu meja tidak berapa jauh dari situ.

AM kenal dia sebagai orang kuat PKR. Dulu masa AM aktif dalam PKR, AM tak tahupun dia di mana. Tapi AM pasi dia kenal nama AM dan siapa AM dan AM tahu dia ni orang penting juga dalam AMK.

"Ya, apa cerita?" tanya AM sebaik kami duduk. Sambil itu AM offer dia minum dan dia order milo ice.

"Awak kenal tak mana-mana kontraktor pembersihan yang telah dipecat oleh MPAJ?, sebab kawan saya mungkin akan dapat kontrak. Jadi tak sedaplah bila pecat orang UMNO tiba-tiba orang PKR pulak yang dapat. Lagipun kami tak ada peralatan. Jadi kalau boleh kami nak 'sub'kan kerja tu pada orang yang dah kena terminate" katanya berterus terang.

AM nak bertanya, tetapi dia terus bercakap.

"Sekarang ni kita nak tolong orang melayu, kita jangan fikir pasal parti. Dari kita bagi kontrak kepada bangsa asing, lebih baik kita bagi sesama kita. Saya sebenarnya dah muak dengan permainan politik DAP dan sesetengah ahli PKR yang yang ada kepentingan peribadi. Awak tahu tak YB Janice Lee telah mohon peruntukan kerajaan negeri bernilai RM3 juta untuk projek menambak kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tu. Dia tu gila. Peruntukan wakil rakyat hanya RM500,000 setahun. Mana dia nak dapat sampai RM3 juta untuk buat projek tu? (Sebenarnya dia tak faham apa itu peruntukan wakil rakyat dan apa itu peruntukan kerajaan negeri, tetapi yang nyata nadanya sudah cukup menggambarkan bahawa mereka tidak selesa bekerjasama dengan DAP)

"Kita orang dah dapat tahu masa Lee Kuan Yew datang Malaysia hari tu, dia ada jumpa Lim Guan Eng dalam toilet. Mesti ada sesuatu yang dia orang bincangkan. Awak tahu tak DAP itu asalnya dari PAP. bla bla bla... (lagaknya seolah-olah dia orang UMNO yang nak bagi kesedaran kepada orang PKR. AM tidak tanya dia, dari mana dapat maklumat Lee Kuan Yew jumpa Lim Guan Eng dalam toilet)

"Azmin Ali ngan Hassan Ali sebenarnya tidak puas hati dengan Menteri Besar. Sepatutnya dia dulu dilantik sebagi Timbalan Menteri Besar, tetapi orang DAP desak agar mereka diberi kerusi itu, sebab di Selangor ini kerusi DAP lebih banyak"

Itu adalah sebahagian apa yang dia ceritakan pada AM. AM tak tahu nak nilai dan tafsirkan cerita dia itu dari sudut mana.

Yang nyata mulanya dia cuma nak cari orang untuk sub kerja pembersihan yang akan diperolehinya. Tetapi mungkin kerana ada rasa tidak puas hati terhadap orang-orang tertentu dan tak tahu nak luahkan pada siapa, maka dengan tak sengaja dia telah menceritakannya kepada AM sedangkan itulah kali pertama kami berbual.

Sebenarnya apa yang AM dan rakan-rakan rasakan selama ini benar belaka. Selain sikap mereka yang sama sahaja dengan sesetengah orang UMNO yang mencari projek sebagai motif utama menyertai parti politik, ikatan mereka dalam Pakatan Rakyat, adalah amat rapuh ibarat telur di hujung tanduk, retak menanti belah.

Orang-orang PKR dan PAS mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pemimpin mereka, walaupun tidak lebih teruk dari sesetengah pemimpin UMNO yang mereka gelarkan dengan berbagai gelaran, sebenarnya sama sahaja. Jangan lah terpekik terlolong mengatakan pemimpin UMNO mengejar projek, rasuah, mementingkan kroni dan sebagainya. Sedangkan itulah sebenarnya yang mereka amalkan. Mereka melalak kerana tidak dapat peluang. Sebaliknya jika peluang sudah didepan mata, mereka sambar juga.

Setidak-tidaknya semasa pemerintahan BN di Selangor, projek pembersihan sisa pepejal diberi kepada kontraktor Melayu, sedangkan sekarang, ianya telah terbuka kepada kontraktor bukan bumiputera. Jadi sekarang ini mereka terpaksa bersaing dengan kontraktor cina yabng sudah pasti mempunyai modal dan kemudahan yang jauh lebih baik dari yang dimiliki oleh kontraktor bumiputera.

Percayalah, jika keadaan ini berterusan lambat laun, kontraktor melayu akan terus lenyap di bumi Malaysia ini. Itulah sebenarnya yang orang-orang PKR dan PAS tidak ketahui. Sebelum orang UMNO merasai keperitan hidup dibawah pemerintahan PR, mereka sudah terlebih dahulu merasi bahangnya.

Tuesday, September 22, 2009

Orang Politik Berhari Raya

Tersenyum bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, bersalaman dengan Perdana Menteri semasa majlis rumah terbuka kebangsaan yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri.

AM teringat sejak zaman Tun Dr Mahathir, Lim kit Siang tidak pernah terlepas dari menghadirkan diri dalam majlis rumah terbuka kerajaan. Tak nampakpun orang PAS dan PKR yang hadir. Mungkin mereka takut termakan budi dengan PM.

Terdengarlah juga orang bertanya, "bukankah Lim Kit Siang tu orang DAP, kenapa dia datang rumah PM?"

Sebenarnya itulah bezanya antara orang politik dengan hamba politik. Orang politik boleh membezakan antara politik dengan kemasyarakatan. Lim Kit Siang mungkin terlalu tebal sikap perkaumannya, tetapi dia bijak berpolitik. Dia hadir ke rumah terbuka PM supaya rakyat dapat rasakan sebenarnya dia adalah pemimpin yang baik.

Berlainan dengan hamba politik. Orang yang seronok berpolitik ini sebenarnya tak tahu apa itu politik. Mereka berpolitik di kedai kopi, sambil makan, sambil berjalan dan semasa di dalam surau dan masjid. Hinggakan nak cari calon isteripun mungkin mereka letakkan syarat ahli parti, sebagai salah satu syarat mencari jodoh.

Semasa sembahyang sunat hari raya yang baru lalu, ketika khatib sedang membaca khutbah, AM terima naskah/risalah orang poltik yang diedarkan kepada jemaah yang datang menunaikan solat. Bayangkan, sehinggakan dipagi raya, ketika orang berlapang dada, bermaaf-mafan dan bersalam-salaman, ada juga hamba-hamba politik ini sempat berpolitik.

Kekadang terfikir, kenapa Lim Kit Siang yang begitu fanatik boleh melupakan sejenak dunia politik, hadir ke rumah terbuka PM, bersalam-salaman dan berjenaka, tetapi ada antara kita masih terus berpolitik dan memprovoke rakan-rakan yang bukan sehaluan dengan mereka?

Saturday, September 19, 2009

Kenapa Mesti Begitu?

1. Kenapa mesti terlalu laju jika perlahanpun kita akan sampai? - Jika mahu sampai lebih cepat, maka bertolaklah lebih cepat.

2. Mengapa perlu potong Q, sedangkan orang lain juga mahu cepat sampai?

3. Mengapa memotong di garisan berkembar, sedangkan masa ujian memandu kita diberitahu tidak boleh memotong di garisan berkembar?

4. Mengapa harus memandu dalam keadaan mengantuk sedangkan kita sepatutnya ada masa yang lama untuk tidur? - daripada terpaksa tidur untuk selama-lamanya?

5. Mengapa tidak pernah mengambil ikhtibar dari peristiwa ngeri yang selalu dipertontonkan kepada kita?

6. Mengapa harus membiarkan orang tersayang bersedih disebabkan kesalahan yang kita lakukan?

7 Mengapa membunuh orang lain, sedangkan sepatutnya kita seorang yang mati, kerana perbuatan kita sendiri?

Thursday, September 17, 2009

Bukan Pantun Seloka Aidil Fitri

Malam ini idea tak datang. Apa tidaknya menghadap laptop sambil menonton tv. Tak tahu mana satu nak dibuat. Jadi AM click sana click sini, baca tulisan dari blogers lain. Tetiba ternampak seloka ini, lalu AM copy dan paste kat sini untuk bacaan diri sendiri dan sesiapa yang nak baca.

16 september diingati
Tahun 2008 gemburi
Anwar jadi PM ganti
Macam mat jenin aksi

16 september diingati
Tahun 2009 di hari ini
Anwar penipu diagungi
Oleh peminat sendiri

Reply
On September 17, 2009 at 12:45 pm Anak Watan Selangor Said:

Anwar cakap mcm keling
Sana sini ‘Reformasi’ dia pusing
Mcm tong kosong kuat bunyi bising
Polis yg paling pening

Anwar cakap mcm keling
IGP dia panggilnya anjing
Kena debik lebam keliling kening
Jadi modal utk jadikan Polis zalim

Anwar cakap mcm keling
Sekali lagi bontot ditonggeng
Bila Saiful berani sumpah kuatkan komplen
Sekali lagi sandiwara modal sunting

Anwar cakap mcm keling
Kesana kesini umpama maling
Cakap memang tak serupa bikin
Penyokong banggang asyik kena kencing!

Wednesday, September 16, 2009

Adakah Kita Seronok?


Tak tahu nak cakap apa dah...

Nerakalah Tempatmu Wahai Anak..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Itulah yang tersiar dalam harian metro hari ini. Agaknya apakah jenis manusia yang sedajal itu sifatnya. Agaknya ada kah lagi sanak saudara yang menyambutnya di kampung dan menghidangkan dia dengan kuih muih dan rendang, setelah mengetahui apa yang telah dia lakukan terhadap ibunya? Kalau adalah orang yang sanggup bersalaman dengan manusia itu, maka berkongsilah dosa dengan orang yang tidak akan mencium bau syurga itu.

Bayangkan berapa ramai yang menyumpahnya setelah membaca berita kekejaman dia, yang disiarkan dalam akhbar. Moga dia berbahagia menyambut hari lebaran tanpa ibunya disisi.

Nabi Palsu, Apakah Peranan Ulamak?



Orang seperti Abd Kahar Ahmad @ nabi Melayu, bukanlah hanya satu. Ramai tahu berkenaan Ayah Pin yang juga masih bebas, yang terang-terang telah menghina agama Islam dengan megaku sebagai nabi akhir zaman @ nabi orang melayu.

Kisah penangkapannya pagi tadi hanyalah satu dari kejutan yang tidakpun mengejutkan AM. Sepatutnya Abd Kahar telah ditangkap sejak tahun 2005 lagi, kenapa baru sekarang. Apapun syabas kepada pihak polis yang tidak pernah 'tidur' dan sentiasa mengekori Abd Kahar sejak empat tahun lalu. Tetapi bagaimana dengan Ayah Pin? Kenapa dia masih gagal ditangkap? Jika pihak polis dengan mudah boleh memberkas Bentong Kali dan dengar cerita dengan mudah boleh menjinakkan Botak Chin yang dikatakan penganas paling merbahaya ketika itu, kenapa susah sangat nak tangkap Ayah Pin yang dah tua dan tidak menggunakan senjata? Betul kah dia ada ilmu untuk menghilangkan diri?

Itu persoalan lain.

Apa yang AM nak tanya ialah, kenapa mereka-mereka itu boleh menarik begitu ramai pengikut? Dimanakah ulamak-ulamak, tok guru dan ustaz? Apa peranan mereka untuk mendidik kanak-kanak dan golongan remaja tentang gejala songsang akidah ini? Adakah kerana semua ulamak dah sibuk untuk menceburi bidang politik, maka sudah tidak ada lagi ulamak yang boleh mendidik dan mengajar agama kepada kita?

Atau adakah kebanyakan dari kita ini sebenarnya mempunyai iman yang sungguh nipis dan rapuh? Bagaimanakah agaknya seseoang boleh mengaku dirinya penganut islam, jika sebenarnya mereka tidak mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya asas tentang islam? Apakah agaknya yang mendorong seseorang untuk percaya bahawa ada lagi nabi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w?

Walaupun mungkin kita tidak tergolong dalam katagori orang yang telah tersongsang, tetapi ini bukan bererti saudara dan keluarga kita juga akan terselamat. Didikan agama tidak cukup hanya sekadar mengajar fardu ain, sebaliknya kekuatan tauhid kepada Allah dan Rasulnya perlu diberi keutamaan agar iman umat islam tidak mudah bergoncang.

Buatlah Kebajikan Sebelum Menegur Orang Lain

Terharu bercampur bangga bila melihat kumpulan yang menggelarkan diri mereka G20 yang terdiri dari pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi, mengadakan majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ianya disiarkan oleh TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini, pagi tadi.

Ada dua pengajaran yang AM dapat.

Pertamanya, kumpulan yang dianggotai oleh hanya 38 orang, boleh berkongsi wang ringgit untuk bukan sahaja menganjurkan majlis berbuka puasa yang agak besar, tetapi juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim. Di Malaysia ini, bukan setakat 38, rasanya beratus ahli koprat dan syarikat besar yang lebih mampu, tetapi kita masih dapat melihat ramai lagi orang susah yang hidup melarat dan tidak mampu untuk meraikan hari raya seperti orang lain. Mengapa mereka (ahli koprat) tidak buat seperti kumpulan G20 tersebut lakukan? Memang tidak dapat dinafikan, ada syarikat yang melakukannya tetapi ianya tidak lebih dari untuk tujuan promosi. Yang nyata jika semua syarikat melakukan, tidak akan ada lagi orang miskin di Malaysia.

Keduanya, untuk melakukan kerja amal dan berbakti kepada orang miskin dan seterusnya mendapat keredaan Allah, sebenarnya bergantung terus dari hati kita. Ada diantara kita sentiasa menyalahkan orang lain dan sentiasa mengatakan orang lain tidak berbuat itu dan ini, sedangkan kita yang mampu, boleh juga menyumbang kepada sesuatu kebaikan tetapi kita tidak lakukan. Jika tidak mampu membantu satu kumpulan besar, kita mungkin boleh membantu satu atau dua orang yang kita kenali. Tidak perlu menunggu orang lain untuk melakukannya.

Sebenarnya untuk berbuat baik tidak semestinya berupa wang ringgit. Jika kita mampu mencegah seseorang dari berbuat kejahatan, maka itu adalah sebaik-baik perbuatan. Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari kita terus menyalahkan pihak lain, apatah lagi menghina, mencerca dan membuat fitnah.

Monday, September 14, 2009

Kempen anti-Islam Oleh Puak Pelampau, Bagaimana Dengan Kita?


LONDON 13 Sept. - Pertempuran antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan penduduk Islam di bandar-bandar di England sangat membimbangkan kerajaan Britain, malah seorang Menteri menyamakan kekacauan itu dengan konfrontasi yang dicetuskan oleh golongan fasis pada zaman 1930-an.

Menteri Komuniti, John Denham dalam wawancara semalam menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja mahu mencetuskan kekacauan.

"Taktik provokasi bagi membangkitkan tindak balas dengan harapan untuk mencetuskan keganasan lebih luas sudah lama digunakan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan," kata Denham yang dipetik oleh akhbar Guardian.

"Mereka bukanlah golongan yang menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah kata, Majlis Islam Britain yang merupakan penaung bagi semua pertubuhan Islam di negara ini sudah menyaksikan lonjakan insiden anti-Islam termasuk serangan untuk membakar masjid, sejak beberapa bulan lalu.

"Semua insiden itu adalah perkembangan yang amat membimbangkan," kata beliau semalam. - AP

Itu adalah antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia yang AM copy n paste untuk jadi renungan bersama.

Sebenarnya sejak zaman berzaman, musuh-musuh Islam memang tidak ingin melihat Islam dan penganutnya maju dan bersatu padu. Mereka akan menggunakan bermacam cara untuk menjatuhkan imej dam moral penganut agama Islam.

Di Malaysia, orang Islam bertempur sesama Islam. Kita sesama kita asyik bertelagah hanya disebabkan berlainan fahaman politik. Sebahagian dari kita sanggup bersekongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan (menjahanamkan) orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Malah orang-orang yang arif tentang ajaran Islam telah dengan terang-terangan mempermainkan hukum-hukum dan ayat-ayat suci Allah untuk menjatuhkan hukuman kepada saudara seagama mereka. Semuanya hanya disebabkan oleh fahaman politik sempit.

Semoga apa yang berlaku di luar negara, boleh mengubah cara kita berfikir untuk lebih bertolak ansur dan bersatu padu serta mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama saudara seagama. Amin

Mercun...Salah Siapa?


Berbuih-buih mulut pemimpin agar ibubapa menasihati anak-anak supaya jangan bermain mercun. Saban tahun ada sahaja yang putus jari dan hampir buta mata disebabkan oleh mercun.

Walaupun setiap kali menjelang perayaan, berkontena mercun dan bunga api dirampas, tetapi kita boleh lihat mercun dan bunga api dijual dipasar-pasar juadah dan kedai runcit, yang boleh dibeli dengan mudah oleh kanak-kanak. Malah ada ibubapa yang menjadikan mercun dan bunga api sebagai barang keperluan wajib menjelang hari raya, seperti juga wajibnya mereka membelikan pakaian baru kepada anak-anak.

Kadang-kala terfikir, salah siapakah yang menyebabkan mercun boleh didapati semudah membeli air tebu dan roti john di pasar juadah? Dimanakah pegawai-pegawai penguatkuasa yang ditugaskan untuk mengawal penjualan mercun? AM pernah bertanya kepada pegawai penguatkuasa yang ditempatkan dikawasan pasar juadah yang tidak berbuat apa-apa bila ada orang menjual mercun. Mereka kata "tak boleh buat apa-apa, mereka pun nak cari duit raya gak".. mudah sangat jawapan mereka.

Kesimpulannya, selagi orang yang ditugaskan untuk mengawal dan mencegah, tidak menjalankan tugas, maka sampai bilapun undang-undang akan terus menjadi undang-undang. Mercun akan mudah didapati menjelang setiap perayaan. Tidak seperti di Singapura yang telah lama mengharamkan mercun, kerana setiap orang memainkan peranan. Pegawai penguatkuasa akan merampas mercun yang dijual dan mendakwa penjualnya manakala ibubapa dan guru mengajar dan mendidik anak-anak tentang bahaya bermain mercun.

Di Malaysia orang lebih mudah menuding jari. Yang pasti pihak kerajaan akan sentiasa dipersalahkan bila berlaku sesuatu.

Saturday, September 12, 2009

Ahli dan Pemimpin PAS Berada Dalam Katagori Mana?

Petikan dibawah AM copy n paste dari laman web Ustaz Zulkiflee @ Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, dari PKR, bila beliau membuat posting berkenaan kekecohan yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam baru-baru ini. AM tak tambah walaupun satu titik dari tulisan asal beliau. Marilah sama-sama baca dan sama-sama renungkan.


Ustaz Zulkiflee wrote:

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

www.anak2merdeka.blogspot.com

Thursday, September 10, 2009

Kit Siang Bimbang, Mustafa Ali Yakin..

Begitulah senario yang berlaku dalam pakatan pembangkang. Nampak macam gah, macam mereka mewakili suara majoriti rakyat Malaysia. Tetapi cantik diluar, berulat di dalam.

Bukan sahaja mereka tidur dalam satu bumbung 'yang tidak berpaku', mereka tidur dalam satu kelambu malah tidur dalam kain sarung yang sama. Malangnya mimpi sentisa berlainan dan niat mereka semua tak sama.

Semalam Lim Kiat Siang berkata, berikutan dengan perkembangan di negeri-negeri yang diperintah pembangkang, beliau meluahkan kebimbangan bahawa pakatan pembangkang akan pecah juga akhirnya. Tetapi Setiausaha Agong nampaknya lebih berjiwa besar. Beliau mengakui bahawa PR adalah 'pakatan yang longgar', tetapi apa yang harus dilakukan ialah perkukuhkannya dan bukan menjangkaan ianya akan berpecah.

Belum apa-apa, kalau UMNO/BN yang kata mereka akan berpecah tak mengapa juga, tetapi mereka sendiri sudah tahu bila 'due date' kerjasama mereka, malah lebih tepat lagi, mereka mungkin boleh bersedia untuk menempah keranda (walaupun mulut mereka sentiasa berkata akan mengkafankan UMNO pada PRU13)- itulah akibatnya kalau mulut tak diinsurankan. Mendoakan kecelakaan kepada UMNO, tetapi sebenarnya malaikat maut sudah terlalu hampir dengan mereka.

Dalam hal ini nampaknya Kit Siang lebih terror berbanding Mustafa Ali, boleh mengetahui nasibnya dan nasib pakatan pembangkang yang tidak berapa baik. Sekurang-kurangnya pengikut PAS boleh samakan Kit Siang sama level dengan Nik Aziz yang boleh mengetahui siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka.

Tuesday, September 8, 2009

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga...

Hari ini bila membaca kisah Mariam rakyat Malaysia yang berhijrah ke Korea (dan ceritanya pernah disiarkan di TV) yang meninggal dunia bukan di tanah airnya sendiri, AM rasa cukup tersentuh. Dia yang mengikut suaminya seorang warga Korea, semasa perang dunia dahulu akhirnya terkandas berpuluh ribu batu dari kampung halaman dan sanak saudara serta anak kandungnya sendiri. Lebih malang lagi, dia sebenarnya tidak lagi beragama islam, malah telah meninggalkan wasiat agar dikebumikan secara kristian.

Tetapi anak-anak beliau yang ditinggalkan di Malaysia tetap berharap agar mayat ibunya dapat dibawa dan dikebumikan di Malaysia. Itulah dunia. Kadang kala anak-anak lari meninggalkan ibu bapa dan kadang-kala ibubapa, disebabkan faktor-faktor tertentu telah tergamak meninggalkan anak-anak yang sepanjang hidupnya merindui kasih sayang seorang ibu.

AM teringat pada satu ketika dahulu bila berkesempatan mengikuti lawatan ke rumah orang-orang tua menjelang aidil fitri, air mata menitis memandang wajah-wajah sayu yang tidak berupaya mengeluh ataupun mangalirkan air mata. Rata-rata ibubapa yang ditnggalkan di rumah orang tua, masih mempuyai anak dan cucu yang sudahpun bekerja. Bayangkan bagaimana dia menghabiskan masa mudanya menjaga anak-anak, sanggup berlapar asalkan anak-anak mendapat makanan dan tidak cukup tidur malam kerana menjaga takut-takut anaknya digigit nyamuk, namun bila sudah tua dan tidak bermaya, dia tinggalkan begitu sahaja oleh anak-anak di rumah orang-orang tua. Sedangkan kucing peliharaanpun, jika kita tak sanggup membelanya lagi, kita akan berikan kepada orang lain yang boleh memelihara haiwan itu dan memberi kasih sayang seperti mana kita menyayangi.

Bagaimana ada manusia yang merupakan seindah-indah ciptaan Allah, sanggup membiarkan ibubapa di rumah penjagaan orang tua, malah ada yang tidak menjenguknya walaupun pada hari raya. AM bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan dapat terus mencium tangan ibu setiap kali bertemu dengannya. Semoga Allah menjatuhkan lahanat kepada anak-anak yang derhaka kepada ibu bapanya.

Sempena bulan mulia ini, berpesan-pesanlah kita kepada rakan-rakan yang kononnya terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mahu pulang beraya ke kampung. Sayangilah ibubapa selagi kita masih lagi mempunyai ibu dan bapa. Bayangkan apa perasaan anak-anak Mariam yang AM ceritakan tadi, sudahlah berpuluh tahun tidak dapat mencium tangan ibunya, tetapi bila nyawa sudah tiada, mereka terpaksa menerima sekujur tubuh kaku ibunya, yang tidak lagi beragama islam. Mereka tidak lagi boleh membacakan Al-fatihah dan surah yasin untuk arwah ibunya. Jadi selagi mempunyai ibu dan bapa, hargailah...

Apa Bezanya Antara Parti Pembangkang Dengan Orang Indon?

Bila baca blog yang ditulis oleh orang Indonesia, yang ramai rakyatnya sedang mencari nafkah di bumi bertuah ini, memang terasa sakit hati dan marah tidak terhingga. Terasa nak jer langgar orang Indon yang sedang berjalan di jalan-jalan raya kita dan hendak jer rasanya letak racun dalam makanan mereka. Tetapi memanglah, itu semua hanyalah gurauan. Dan budaya orang Malaysia bukan macam itu. Budaya orang Malaysia terutamanya orang melayu sangat halus dan berbudi bahasa. Apa yang kita biasa buat ialah menahan sabar. Kerana itu jugalah yang diajar oleh agama kita.

Kalau mengikut apa yang mereka tulis, seolah-olah Malaysia ini terlalu 'brengset' dan bukan negara merdeka dan bertamadaun. Malaysia digelar sebagai 'malingsia'. Bagi yang tak tahu, perkataan 'maling' itu bermaksud 'pencuri' dalam bahasa jawa.

Entah dari mana mereka dapat gambar-gambar suasana di Malaysia, mereka gambarkan negara kita ini terlalu teruk, dengan jalan berlubang, sistem pengangkutan yang 'low standard', menyeksa pekerja mereka, mencuri budaya mereka hinggalah ketahap lagu kebangsaan kita pun dikatakan dicuri dari mereka.

Hebat sangatkah Indonesia? Memang kita tak nafikan Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun yang mempunyai bangsa, budaya dan agama yang serupa. Cuma bezanya, mereka mempunyai rakyat yang sungguh ramai dan pentadbiran negara yang lemah sehinggakan kekayaan negara tidak dapat dinikmati oleh penduduknya.

Pedulikan dengan itu. Yang mereka marah sangat dengan Malaysia ni kenapa? Mereka mencaci dan mencela pemimpin dan rakyat kita sesedap rasa. Membakar bendera Malaysia dan melontarkan telur busuk di kedutaan kita. Dan kita masih juga bersabar. Kita bukan sahaja tidak membakar bendara Indonesia, malah kita melayan warga mereka seperti saudara kita sendiri.

Memang kita kena bersabar. Jalan terbaik ialah dengan tidak melayari laman web yang mengandungi kata-kata kesat dan menghina kita. Biarkan mereka terpekik terlolong bersendirian.

Cuma yang AM ingin perkatakan ialah, jika rakyat negara Indonesia tanpa rasa hormat menggelarkan kita dan pemimpin Malaysia dengan berbagai gelaran apa bezanya pula dengan sebahagian penyokong dan pemimpin parti pembangkang di negara ini? Terang-terang kita berada atas bumi yang sama dan berpayungkan langit yang sama ada antara mereka juga sanggup membakar bendera sendiri, menukar lirik lagu negaraku, memasang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik dan mencerca pemimpin-pemimpin negara dengan berbagai cercaan. Apakah agaknya perbuatan mereka yang lebih baik dari orang asing berkenaan?

Sebenarnya sebahagian dari penyokong parti pembangkang lebih teruk sikapnya dari orang-orang Indonesia berkenaan.

Monday, September 7, 2009

Anwar Ibrahim oh Anwar Ibrahim

Orang seorang ini memang betul-betul buat semua orang pening kepala. Entahlah, ada orang kata AM macam benci sangat bila membicarakan soal Anwar, orang yang sangat AM kagumi dulu dan orang yang buat AM berdemo di jalan-jalan dan kena gas pemedih mata.

Rasanya belum ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang pernah melihat lidah dia (kecuali yang pernah ada 'dot dot dot' dengan dia) Kalaulah dapat lihat, mungkin agaknya lidah dia bercabang-cabang. Bukan setakat bercabang dua seperti biawak.

AM tidak hairan jika pedemostrasi jalanan terlalu percaya cakap Anwar kerana maklumlah bukan semua pedemostrasi mempunyai pelajaran tinggi, tetapi yang menghairankan kenapa orang seperti Nik Aziz, Haji Hadi dan ulamak-ulamak PAS yang lain boleh mempercayai Anwar Ibrahim.

Dia mengunakan setiap kesempatan dari pentas ceramah hinggalah dalam blog-blog dan akhbar pembangkang untuk mengutuk habis-habisan mahkamah Malaysia. Malah dia pernah pergi luar negara dan mengutuk bahawa mahkamah Malaysia telah dikontrol oleh pemimpin kerajaan.

Tetapi nampaknya sekarang seolah-olah dia yang kontrol mahkamah. Boleh tak kita pula bertanya, berapa banyak agaknya wang yang telah dibelanjakan oleh Anwar untuk memastikan hakim-hakim mengikut arahannya untuk menangguhkan beberapa kali perbicaraan kes liwatnya? Macam mana boleh dia kata tak percaya kepada mahkamah (dan hasut pengikutnya supaya jangan percaya kepada mahkamah)sedangkan dia sendiri menggunakan secukup-cukupnya peluang yang ada untuk melepaskan tengkuknya? Kenapa pengikut-pengikut Anwar tidak sedar-sedar lagi?

Sepatutnya jika Anwar sudah percaya kepada mahkamah, maka gunakanlah kesempatan ini untuk mencari keadilan. Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga kepada yang menuduh dan seterusnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih keliru.

Enigma Badrul Hisham Abdullah dan Senario Politik Selangor

Dulu-dulu masa zaman persekolahan, selalu diadakan perlawanan bola antara kelas. Teringat masa itu kami jenuh memilih sebelas orang untuk mewakili kelas masing-masing kerana bukan semua pelajar boleh bermain bola. Kalau nasib baik dapatlah kami kumpulkan sebelas orang dan dua tiga orang pemain simpanan tetapi kalau nasib tak baik kami terpaksa 'beli' pemain dari kelas sebelah untuk cukupkan sebelas orang. Maka kesebelasan orang itu akan main sampai habis tanpa boleh ditukar kerana tak ada pemain simpanan. Menang atau kalah belakang kira, yang penting kami mesti menghantar satu pasukan untuk mewakili kelas masing-masing.

Dalam senario politik Selangor dan Malaysia amnya, sebenarnya hanya Barisan Nasional sahaja yang mempunyai calon yang ramai (kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih) berbanding dengan PKR, DAP dan malahan PAS. Dulu-dulunya PAS hanya bertanding di kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat mereka atau kawasan yang mungkin ada harapan untuk mengurangkan majoriti BN. Tetapi mulai tahun 2004 dan seterusnya tahun 2008, mereka terpaksa mencari calon yang ramai untuk bertanding dikesemua kerusi parlimen dan DUN. Sebab itulah kita boleh nampak kadang kala mereka terpaksa tangkap muat. Ada antara ADUN Selangor terdiri dari postmen, tukang cat dan sebahagiannya dari ahli perniagaan dan pegawai kerajaan (yang makan gaji dengan kerajaan tetapi menentang kerajaan). Perlu diingat ulamak tidak semestinya boleh menjadi pemimpin kerana ulamak hanya pakar dalam bidang agama (itupun kalau tak sesat) tetapi mereka tidak arif dalam bidang ekonomi dan politik.

Badrul Hisham adalah antara contoh orang yang dianggap calon tangkap muat, kerana dia bukanlah seorang ahli politik atau mungkinpun ahli politik segera. Atas dasar rapat dengan orang-orang tertentu dan mungkin dia antara yang terbaik boleh diketengahkan, maka nama dia pun 'naik'. Oleh kerana pilihan raya 2008 yang dikatakan ramai orang, "letak kambingpun, kambing akan menang' maka Badrul Hisham yang sudah tentu lebih baik dari kambing, talah menang.

Sebenarnya 'kehilangan' Badrul sekurang-kurangnya boleh menggerakkan minda MB untuk berbuat sesuatu sebelum rakyat dapat menghidu kepincangan kerajaan yang mereka pilih. Ini lebih baik dari segelintir penyangak dan kongsi gelap yang cukup pandai berdrama dalam barisan pentadbiran negeri, konon merekalah pemimpin dan ahli politik tulin, tetapi habuk pun tarak. Memang senang mencerca dan mencari salah pemimpin BN tetapi hakikatnya bila kuasa sudah ada ditangan, mereka sebenarnya sedikitpun tidak boleh buat kerja.

Itulah sebenarnya perbezaan antara BN dan PR. Penyokong pembangkang boleh kata apa sahaja terhadap pemimpin BN. Memang betul, ada pemimpin BN yang hamlau, kaki kapur, haprak dan korapsi. Tetapi jangan lupa, BN boleh buang orang-orang yang haprak dan korapsi tadi dan bariskan berpuluh-puluh lagi pengganti mereka dengan orang yang boleh menjalankan tugas dengan amanah, berdisplin dan berintergriti.

Calon-calon parti pembangkang hanya gah pada nama sahaja. Itupun boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya lebih hamlau dari pemimpin BN yang merka tuduh hamlau. Ini termasuklah orang yang bergelar Menteri Besar. Khalid Ibrahim adalah seorang businessmen. Mentadbir syarikat tidak boleh disamakan dengan mentadbir negeri. Dalam business tugas pentadbir ialah mencari keuntungan kepada syarikat sedangkan sebagai pentadbir negeri, MB terpaksa memikirkan kebajikan rakyat yang berbilang bangsa tanpa perlu memikirkan keuntungan. Dalam menjalankan tugas, dia terpaksa menjaga sensitiviti bangsa dan agama dari berbagai lapisan masyarakat. Sebab itu beliau terlalu gah semasa menjadi ahli koprat, tetapi tercungap-cungap walaupun baru setahun lebih mentadbir Selangor.

Badrul Hisham adalah satu contoh ketidak upayaan calon-calon parti pembangkang yang telah diberi mandat tetapi gagal menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan. Bagi rakyat yang sememangnya mengharapkan sesuatu dari pemimpin mereka, ketidak-upayaan Badrul menjalankan tanggung jawab sangatlah mengecewakan tetapi bagi segelintir lagi mereka mungkin beranggapan tidak mengapa pemimpin itu tidak buat kerja asalkan mereka puas menjatuhkan pemimpin BN terdahulu yang walaupun hamlau tetapi telah berjaya menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan.

Saturday, September 5, 2009

Keluruhan Perlembagaan, Anwar Ibrahim dan Karpet Merah

Hari ini Saiful yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewanya kerana Anwar Ibrahim dilayan sebagai VVIP sedangkan hak dia tak ada siapa yang peduli. Dia juga merasa hairan mengapa Anwar Ibrahim selalu sahaja diberi peluang untuk menanguhkan perbicaraan, sedangkan jika kes melibatkan orang biasa, cepat-cepat akan didakwa dan dijatuhak hukuman oleh mahkamah.

Orang macam Anwar Ibrahim tak ramai di Malaysia. Sebab itu susah bagi rakyat terutamanya yang taksub dengan beliau dan PKR menerima hakikat ini. Dalam dia sibuk-sibuk kata mahkamah Malaysia tak adil, polis Malaysia salah guna kuasa, Peguam Negara digunakan oleh pemimpin kerajaan, sebenarnya dia yang menggunakan secukup-cukupnya ruang yang ada untuk melengah-lengahkan proses keadilan agar dapat dijalankan tanpa gangguan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Mula-mula dia buat laporang salah guna kuasa Ketua Polis dan Peguam Negara. Dia nak tunjuk bahawa orang berdua itu memang ada niat tak betul kepada dia. Jadi apa-apa tindakan yang akan diambil oleh dua orang itu ada niat yang memang dirancang.

Kemudian dia minta agar pihak pendakwa serah semua barang bukti termasuk rakaman cctv dan rakaman percakapan saksi-saksi pendakwa diserahkan kepada pasukan pembelaannya. Itu prosedur mahkamah tak boleh nak komen, tetapi kalau ikut AM, kenapa sibuk-sibuk orang yang kena dakwa nak lihat bukti. Tunggu jelah masa makhamah bersidang, bila pendakwa tunjukkan bukti, jawab la masa itu. Kenapa nak mintak tunjuk bukti awal-awal? Kalau dah dapat tengok bukti apa yang mereka nak buat? Nak ubah bukti ke?

Sekarang ini dia sedang dalam usaha untuk menuntut mahkamah menggugurkan pasukan pendakwaan pula. Dia tahu perjalanan pendakwaan itu telah berjalan dengan betul. Tetapi dia juga tahu, ada ruang baginya untuk sekurang-kurangnya melengah-lengahkan perbicaraan. Dia berharap agar proses keadilan (yang dia sendiri laung-laungkan)akan tertangguh sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya ke-13. Kalau mengikut kelembatan mahkamah setakat ini, tidak mungkin hasrat Anwar akan termakbul.

Itulah Anwar. Satu dalam 26 juta orang. Bagaimana dia memperbodoh-bodohkan undang-undang negara dihadapan mata semua orang. Dalam ceramah dia dan pemimpin pembangkang yang lain, tidak lekang dari menuduh kerajaan membuat pendakwaan terpilih. Maksudnya lebih kurang 'pilih bulu'. Hanya anak ikan yang kena dakwa tetapi ikan jerung akan terlepas.

Hakikatnya apa yang berlaku depan mata semua orang, pihak berkuasa tidak pernah sama sekali pilih bulu. Baik pemimpin BN atau pemimpin pembangkang waimah rakyat biasa, tidak pernah akan terlepas jika melakukan kesalahan. Semua orang boleh nampak, pemimpin-pemimpin BN sedang dan telah disiasat oleh polis mahupun SPRM. Ada yang telah dijatuhakn hukuman.

Sebelum Anwar dipecat dari UMNO beliau adalah orang nombor dua kerajaan dan orang nombor dua dalam UMNO. Dia adalah ikan jerung dan bukannya ikan bilis. Bila dia membuat onar, maka dia disiasat dan didakwa di mahkamah. Kada dan kadar dia telah sampai bila dia dijatuhkan hukuman kerana salah guna kuasa. Malangnya isu itu dijadikan semula sebagai senjata oleh pembangkang dan Anwar sendiri untuk menyerang kerajaan dengan mendakwa kononya ada konsperasi untuk menjatuhkannya. Malah pihak yang sama-sama menyerang kerajaan dan Anwar Ibrahim sebelum itu, menyediakan pula karpet merah kepada Anwar untuk menyertai mereka.

Persoalannya sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan. Atas dasar tidak memilih bulu dan 'size ikan', seseorag pemimpin besar kerajaan juga akan disiasat dan jika ada bukti akan didakwa di mahkamah. Akhrinya jika didapati bersalah maka mereka kemungkinan akan disingkirkan oleh kerajaan. Disebabkan kecewa dan tidak mempunyai jatidiri yang kuat, mereka akhirnya akan memilih untuk menyertai pembangkang yang sememangnya sekali lagi akan menyediakan karpet merah untuk mereka. Akhirnya mereka yang selama ini dihentam kuat oleh pihak pembangkang akan menjadi kawan rapat dan bersekongkol dengan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dari luar.

Rakyat yang terpengaruh akan merasa simpati kepada mereka dan turut mengatakan kerajaan telah bertindak zalim dan berkonsperasi untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan.

Wednesday, September 2, 2009

Sidang DUN’ pembangkang Perak lulus usul tangkap Speaker

IPOH 2 Sept. – ‘Sidang DUN’ pakatan pembangkang hari ini mempertikaikan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker Dewan pada 7 Mei lalu.

Mereka menganggap pelantikan Ganesan sebagai Speaker itu adalah haram.

Sehubungan itu, Sidang DUN itu meluluskan usul supaya Ganesan ditangkap dan dipenjara selama enam bulan.

Hukuman yang sama juga dijatuhkan kepada Timbalan Speaker DUN, Hee Yit Foong yang juga merupakan ADUN Bebas kawasan Jelapang. – Utusan.


Nah dengarnya memang gempak. Itulah yang dinamakan gila talak. Mereka keluarkan usul tidah sah, dalam persidanganan yang tidak sah, oleh orang yang tidak mempunyai jawatan yang tidak sah.

Tetapi tak mengapa, kita terbalikkan ayat AM itu menjadi begini. Persidangan tersebut adalah sah, mengikut perlembagaan dan dengan itu usul yang dikeluarkan adalah sah.

Lalu, siapakah yang akan melaksanakan undang-undang tersebut? Sivakumar nak arah siapa untuk tangkap Yit Foong dan R Ganesen? Adakah nanti kita akan lihat Nizar tukang bawa van, manakala Sivakumar dan Ngeh bawa gari, pergi rumah Ganesen dan Yit Foong? Lalu nak simpan mereka dimana? Dibilik air rumah Nizar? Atau dalam stor rumah Sivakumar?

Sejauh Mana Rakyat Benar-benar Dekat di Hati Orang Politik?


Kita selalu mendengar ungkapan, rakyat didahulukan, demi rakyat, kuasa rakyat, kebangkitan rakyat dan berbagai-bagai lagi ungkapan. Sejauh manakah orang yang mengeluarkan ungkapan-ungkapan terebut benar-benar faham dengan apa yang mereka tuturkan? Sejauhmana pula mereka sebenarnya mewakili suara rakyat?

Orang politik kadang-kala bersikap lebih kebudak-budakan dari seorang budak. Orang politik kadang-kala lebih memeningkan kepala rakyat dari sepatutnya mereka yang pening memikirkan masalah rakyat. Nampaknya dunia sudah terbalik. Ada pemimpin politik yang mahu diri mereka diperhatikan oleh rakyat dan mendapat simpati rakyat. Sedangkan sepatutnya rakyatlah yang harus mendapat perhatian dan simpati dari pemimpin yang mereka pilih.

Lalu terfikir, sejauh mana sebenarnya orang yang mengaku sebagai seorang ahli politik, yang bermaksud memperjuangkan hak dan membela rakyat, telah bertindak mengikut tatacara yang betul sebagai seorang pemimpin? Seorang pemimpin mestilah memimpin pengikutnya agar membuat perkara-perkara yang betul disamping mengajar mereka mengetahui hak mereka sebagai rakyat, menghormati undang-undang serta melakukan perkara-perkara yang tidak menyalahi undang yang telah termaktub.

Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang di Perak mempunyai karteria ini? Adakah mereka sebenarnya mengetahui, memahami dan cuba menyelesaikan masalah rakyat? Adakah mereka sudah mengajar rakyat untuk mematuhi rukun negara, keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang? Atau mereka sebenarnya sedang memperjuangkan sesuatu yang belum sudah yang mesti diselesaikan segera sebelum berakhirnya penggal DUN ke 12? Apakah sebenarnya kerja yang telah mereka lakukan sepanjang setahun lebih menjadi wakil rakyat?

Hari ini mereka mengadakan 'sedang dewan' dalam sebuah hotel. Apa yang mereka cari? Andaikan mereka berjaya memutuskan sesuatu usul, kemanakah akan mereka bawa usul tersebut? Jika dengan sesuatu usul, maka runtuhlah kerajaan BN di Perak, bagaimanakah caranya pembangkang ingin mentadbir Perak sedangkan dengan sultan pun mereka sudah berpatah arang?

Jadi sebenarnya, perbuatan mereka itu adalah sia-sia, rektorik dan sengaja ingin melihat keadaan negara dan negeri Perak terus menerus menjadi tidak tentu arah. Siapa yang sebenarnya memperbodohkan rakyat?

Siputeh..Jangan Syok Sangat


Tahniah kepada ADUN Kota Siputeh kerana SPR telah buat keputusan bahawa kerusi ADUN yang beliau menangi tidak kosong disebabkan ketidak hadiran beliau dalam mesyuarat dewan. Apapuan wakil rakyat bukanlah budak sekolah yang perlu diberi amaran kerana ponteng kelas. Mesti kena ada tanggung-jawab. Kecualilah memang ada keuzuran atau ada urusan yang lebih penting.

Apapun AM nak nasihatkan kepada wakil-wakil rakyat tak kira wakil rakyat BN atau wakil rakyat PR (tapi ada ke wakil rakyat baca blog ni hehehe) bila rakyat dah pilih jadi wakil, kenalah jalankan tugas. Kalau dah asyik sakit, bermaksud kita tak layak jadi pemimpin. Ramai sebenarnya yang tak tahu, berapa ramai lagi wakil-wakil rakyat yang sedang sakit dan sedang menerima rawatan di hospital.

Jika tengok masa persidangan dewan rakyat yang selalu ditayang kat tv, banyak kerusi wakil rakyat kosong, termsuklah wakil rakyat pembangkang. Kalau menteri tak mengapalah sebab mungkin ada tugas lain diluar. Itu pun penting juga. Tetapi kadang kala tu, ahli parlimen tidak nampak batang hidung hampir setiap kali camera tv fokus kat tempat duduk dia. Tak tahu la keluar pergi toilet atau memang tak hadir. Jika tak hadir, sebab apa? Memang ada tugas luar atau sebab saja-saja tak hadir.

Sepatutnya kena ada satu kursus kepada wakil-wakil rakyat terutama yang pertama kali jadi wakil. Jangan ingat jadi wakil rakyat tu syok. Boleh bergelar YB dan kesana kemari orang sambut. Yang penting ialah tanggung jawab yang diamanahkan. Ingatlah seseorang pemimpin itu sebenarnya telah menempah neraka untuk dirinya. Sebelah kaki seorang pemimpin sudahpun berada di dalam neraka, hanya sebelah kaki sahaja yang tinggal untuk menentukan samada dia akan ke syurga atau terus berada di dalam neraka.

Sesiapa yang tahu tentang itu, mesti tak berani nak jadi pemimpin.

Antara Lembu Dan Babi

Nampaknya isu lembu di Seksyen 23 sama hebatnya dengan isu ladang babi yang hendak dibuka secara besar-besaran oleh kerajaan Selangaro menjelang beberapa bulan pemerintahan kerajaan PR.

Isu babi begitu sensitif kepada orang melayu manakala isu lembu pula sensitif kepada orang India yang beragama hindu. Jika babi merupakan sesuatu yang dipandang kotor/haram oleh penganut islam, lembu pula merupakan simbol dewa/tuhan kepada penganut hindu.

Itu semua orang tahu.

Tetapi mengapakah kebelakangan ini nampaknya isu-isu sensitif suka sangat dipermainkan oleh golongan-golongan tertentu. Isu babi, selain dari pusat penternakan besar yang dicadangkan oleh kerjaan Selangor (tak tahu apa perkembangan sekarang) berlaku juga perbuatan nakal seperti menggantungkan daging lembu dipintu surau dan pantai.

Nampaknya ketika itu orang melayu agak positif. Mereka (kita) tahu bahawa bukan semua orang cina/india bersikap extrim seperti itu. Malah kebanyakan orang melayu sedar, bahawa kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak lain yang berniat jahat untuk melihat pergeseran kaum berlaku antara orang melayu dan cina.

Sekarang ini kes pembinaan kuil. AM secara jujurnya tidak nampak dimanakah kewajarannya penentangan itu, walau dilakukan oleh sesiapa juga, membawa kepala lembu dan memijak-mijak kepala lembut tersebut? Adakah ingin membuat orang-orang india merasa marah dan bertindak balas? Atau adakah ini sebagai tanda membalas dendam dengan kes babi berkenaan?

Dan nampaknya (bagusnya) tidak ada tindak balas spontan dari orang india. Kerana mereka juga semakin positif dan faham bahawa bukan semua orang melayu yang extrim.

Walau apa juga alasannya, penentangan sepatutnya dilakukan terhadap pentadbiran MB Selangor dan ahli exco berkenaan yang lalai, tidak perhatin dan tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan dan bukannya dengan cara membuat penghinaan terhadap agama tertentu. Ini seperti juga kes pembukaan ladang babi dan juga isu arak yang berlaku baru-baru ini. Kerajaan negeri yang sepatutnya dipersalahkan.

Apapun AM cukup hairan dan lucu bila membaca dikebanyakan blog, rata-ratanya orang melayu sesama agama, berdebat dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain, berkenaan isu-isu yang sepatutnya ditangani bersama. Dalam kes kepala lembu, satu puak menuduh puak ini menjadi dalang, dan puak yang dituduh pula menuduh puak yang satu lagi menjadi dalang. Nampaknya yang menjai penting adalah 'siapa dalangnya' dan bukannnya 'bagaimana menanganinya'. Tidak tahu pulak, puak manakah agaknya yang begitu sensitif dengan kepala lembu. Masa kes babi digantung di pagar surau, tidak ada pulak yang berdebat.

SAHABAT-SAHABAT AM