Tuesday, July 17, 2012

Papa Gomo Oh Papa Gomo...

AM tak kenal siapa itu Papa Gomo. Yang AM tahu dia tu seorang bloger dan bekas penyokong kuat parti pembangkang yang (dikhabarkan)telah sedar/kecewa dengan partinya, dan sering menulis cerita sensasi berkenaan bekas partinya. Berita terbaru, tentang kononnya ada seorang pelajar membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Ramai orang mula riuh rendah membicarakan perkara tersebut. Penyokong UMNO tersenyum, dan penyokong PKR/PAS mula gundah dan marah-marah. Mereka kata, satu lagi fitnah ke atas Anwar oleh UMNO. Tetiba UMNO dapat nama busuk. Puak pakatan pembangkang sudah mula menghalakan meriam untuk menyerang UMNO, konon inilah konspirasi UMNO yang terbaru. Yang pasti, pagi ini bila AM baca akhbar, tidak adapun berita berkenaan laporan polis itu. Hakikatnya, UMNO tidak pernah sedikitpun mendapat laba atas segala pertuduhan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Beliau memenangi kes liwat pertama dan kedua dimahkamah, walaupun pelbagai usaha dibuat, untuk memburuk-burukkan mahkamah dan sistem perundangan Malaysia, kononnya telah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan. Malah, kes liwat kedua beliau yang muncul ketika adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak sedikitpun memberi kredit kepada UMNO. Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya kecil itu. Yang teruk UMNO. Bukan sahaja kalah pilihanraya, nama UMNO terus disebut-sebut sebagai penyebab berlakunya cerita/kes tersebut. Kini PapaGomo dalam entry terbarunya menceritakan tentang kes remaja yang membuat laporan polis kes liwat (entah yang keberapa). Yang pasti, selepas ini ada isu baru untuk pakatan pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan. Persoalan yang AM tertanya-tanya ialah, adakah mungkin isu liwat sengaja ditimbulkan, agar UMNO terus kelihatan busuk? Sedangkan, kalau diberi pilihan untuk memilih, rasanya UMNO lebih rela jika tidak ada isu liwat berlaku (samada benar berlaku atau sengaja ditimbulkan), kerana yang akan mendapat susah bukanlah orang yang dituduh, sebaliknya UMNO akan menanggung risikonya.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM