Tuesday, July 17, 2012

Papa Gomo Oh Papa Gomo...

AM tak kenal siapa itu Papa Gomo. Yang AM tahu dia tu seorang bloger dan bekas penyokong kuat parti pembangkang yang (dikhabarkan)telah sedar/kecewa dengan partinya, dan sering menulis cerita sensasi berkenaan bekas partinya. Berita terbaru, tentang kononnya ada seorang pelajar membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Ramai orang mula riuh rendah membicarakan perkara tersebut. Penyokong UMNO tersenyum, dan penyokong PKR/PAS mula gundah dan marah-marah. Mereka kata, satu lagi fitnah ke atas Anwar oleh UMNO. Tetiba UMNO dapat nama busuk. Puak pakatan pembangkang sudah mula menghalakan meriam untuk menyerang UMNO, konon inilah konspirasi UMNO yang terbaru. Yang pasti, pagi ini bila AM baca akhbar, tidak adapun berita berkenaan laporan polis itu. Hakikatnya, UMNO tidak pernah sedikitpun mendapat laba atas segala pertuduhan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Beliau memenangi kes liwat pertama dan kedua dimahkamah, walaupun pelbagai usaha dibuat, untuk memburuk-burukkan mahkamah dan sistem perundangan Malaysia, kononnya telah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan. Malah, kes liwat kedua beliau yang muncul ketika adanya pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak sedikitpun memberi kredit kepada UMNO. Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya kecil itu. Yang teruk UMNO. Bukan sahaja kalah pilihanraya, nama UMNO terus disebut-sebut sebagai penyebab berlakunya cerita/kes tersebut. Kini PapaGomo dalam entry terbarunya menceritakan tentang kes remaja yang membuat laporan polis kes liwat (entah yang keberapa). Yang pasti, selepas ini ada isu baru untuk pakatan pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan. Persoalan yang AM tertanya-tanya ialah, adakah mungkin isu liwat sengaja ditimbulkan, agar UMNO terus kelihatan busuk? Sedangkan, kalau diberi pilihan untuk memilih, rasanya UMNO lebih rela jika tidak ada isu liwat berlaku (samada benar berlaku atau sengaja ditimbulkan), kerana yang akan mendapat susah bukanlah orang yang dituduh, sebaliknya UMNO akan menanggung risikonya.

Thursday, July 12, 2012

Kedunguan Politik @ Politik Dungu

Sekali lagi, kita dikejutkan dengan kedunguan politik orang @ orang-orang yang merasa sungguh hebat berpolitik. Opss...bukan kejutan. Kisah pasangan suami isteri bercerai atau lebih tepat lagi, suami menceraikan isteri kerana mempunyai pandangan politik berbeza, telah lama kita dengar. Cuma yang terbaru ini, berlaku setelah bertahun-tahun ianya tidak berlaku. Mengapa begitu dungu? Apakah agaknya yang hendak ditunjukkan oleh si suami, bila menceraikan isterinya? Adakah dia merasakan bahawa orang akan melihat dia sebagai lelaki hebat? Atau, adakah dengan menceraikan isterinya, dia cukup yakin bahawa partinya akan menang besar dalam PRU13? Itu kisah orang berkahwin. Kisah penyangak-penyangak dungu, lain pula ceritanya. Ada yang merasakan mereka cukup hebat. Kononnya, mereka adalah penyokong kuat parti. Sanggup berbuat apa sahaja demi parti. Sanggup mati demi parti? Tak mustahil... Demi ketaksuban terhadap partinya, mereka bermusuhan dengan ahli-ahli parti lawan. Mereka meruntuhkan dan menjatuhkan bendera yang dipasang oleh ahli dari parti lawan. Mereka membuat blog, FB dan Tweeter, untuk berperang dengan ahli parti lawan. Mereka mengutuk dan memburuk-burukkan parti lawan tanpa batas... Sedangkan sepatutnya, jika benar mereka penyokong dan pendokong kuat parti yang dianggotainya, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada masyarakat terutama pengundi atas pagar, bahawa parti merekalah yang patut dipilih oleh pengundi. DAN kalau boleh, tarik ahli-ahli parti lawan, agar ahli-ahli parti berkenaan berpaling tadah dan menyokong parti yang mereka. Itu baru betul.. Malangnya mereka dungu. Sebab itu mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang.

SAHABAT-SAHABAT AM